Oreo Cookies
Dashboard | +Follow
F


Just a simple girl, not beautiful or cute like you.. :) SPM candidates 2014... Andrew Garfield's fan..


► Diary of A wimpy kid




Attention please! All my stories are true and 100% written by me.. If you want to copy my stories, get out from my sight! Please behave and enjoy read my stories,okay? And don't forget to follow my blog..


Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una


Older Post | Newer Post
PMR Semakin Hampir..
Saturday, June 30, 2012 | 3:15 AM | 0 Sweet Cupcake

Assalamualaikum readers...Today, aku nak cerita kat korang pasal PMR.. huhu.. gemuruh jantung denn... Mana tak nya, lagi empat bulan dohh.. Semalam sekolah ada buat perjumpaan dengan ibu bapa.. Ambil report card... Macam-macam cikgu cakap kat ayah aku.. Exam yang kali ni aku dapat no 4 kat dalam kelas.. Budak-budak laki yang kononnya terer tu, jealous... Diorang cakap nak tandingi aku.. Hahaha.. Lawan jum! Aku suka ni.... Lepas papa tahu keputusan aku macam tu, papa suruh aku study hard dari sekarang... No more facebook, twitter, blogging, PSP, MP3, TV's and Blu-Ray... hah! Baca buku je lah.. Tak pe.... Biar padan muka aku.. Biar hasilnya nanti memuaskan hati aku... 7A's... Tapikan, peliklah bila baca buku je, mata terus layu... adess... ape nak jadilah dengan aku ni.. Kena cukup tidurlah.. Okay.. Di sini aku selitkan sikit tips  untuk menghadapi peperiksaan PMR.. Baca okay... Aku penat-penat search kat google...

1) Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal.


2) Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

3) Tenang dan percayakan diri anda.


4) Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

5) Bersantailah tapi berhati-hati.

6) Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

7) Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu.

8) Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tandai kata-kata kunci dan putuskan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catat juga idea-idea yang muncul yang akan mungkin akan digunakan sebagai jawapan

9) Jawab soalan secara strategik.

10) Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah:
soalan paling sukar, yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya,
tetapi mempunyai markah sedikit.

11) Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih.
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang kamu lakukan.

12) Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis. Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang ingin anda tulis. Kemudian susun isi-isi itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

13) Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya. Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

14) Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan.

15) Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

16) Analisa jawapan anda.
Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

17) Ketika anda menghadapi peperiksaan, anda sedang memperlihatkan kemampuan anda memahami apa yang telah anda pelajari.

18) Peperiksaan memberikan gambaran terhadap perkembangan pelajaran anda.
Terdapat beberapa aspek, seperti sikap dan keadaan anda sendiri akan mempengaruhi anda dalam peperiksaan.